COOKIE MONSTER LOVE ELMO

ASSALAMUALAIKUM !!! EXCUSES ME !! MOVE ON ALL FUKERS BITCH FROM THIS BLOG ! THIS IS MY SUKKING BLOGGER :) MY NAME IS FARIHA , I'M SWEET FIFTEEN ! GET OUT FROM THIS BLOG IF YOU DONT' LIKE :) OKAYY , THANKS BYE █║▌│█│║▌║█│║▌│║▌ ORIGINAL BY ME :)

Sunday 30 June 2013

PERSAHABATAN :')

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D Berbalik kpd tajuk utama kita iaitu "PERSAHABATAN" Aku nak story sikit la pasal PERSAHABATAN ni ! Ya , mmg betul semua org dlm dunia ni ada kawan . Fuyoo sampai ada terlalu ramai kwn sehinggakan lupa kwn lama . Tu aku x boleh komen apa-2 , takut ada pihak yg terasa :)


SAHABAT

           Aku dah hidup 14 tahun , dan aku dah ada ramai kwn :D Yang baik , comel , cantik , kuat berleter , jahat , garang dan mcm-2 lagi la ! Setiap org yg aku jumpa bagi aku ialah kwn aku :) Tapi x tahu la kalu mereka anggap aku sebagai kwn mereka ke x ! Haha ! x kisah la , yg pasti aku ada kwn dan kwn tu berguna bagi aku :)


         Aku tahu aku dah byk buat salah dekat kwn-2 aku . Walaupun kesalahan tu mereka x nmpk , tapi aku betul-2 minta maaf :) Kawan-2 aku tmpt aku mengadu , tmpt aku kumpulkan semua gelak aku . Mereka juga tmpt aku lepak sama-2 kalau bosan , gurau-2 senda dan mereka jugalah tmpt aku tagih kasih sayang kalau aku dah x da kasih sayang . Hrmmm !












      Kadang-2 aku pernah terfikir , kalau ada kwn-2 aku yg dah x da dlm dunia ni , dan kwn tu adalah antara yg aku sayang , aku rasa hidup aku dah x bermakna . Dengan nama Allah , kehilangan seorang kwn yg aku sayang , mcm aku hilang separuh nyawa aku sendiri . Aku takkan lupakan setiap kenangan aku dgn kwn-2 aku walaupun aku x rapat dgn org tu . Andaikan kalau aku dah besar , mungkin org yg kita x rapat dulu-2 , satu hari nanti dia akn jadi kwn kita dunia akhirat . Jadi bagi aku , x kiralah betapa buruknya seorang kwn tu , Dia tetap kawan aku :)



DENGAN NAMA ALLAH , AKU TAKKAN LUPAKAN KAWAN -2 AKU :D 
Assalamualaikum ! Peaceeeee -.- 



Saturday 11 May 2013

IBU !!! :) Kaulah Ratu Hatiku !!

"Mama , CT mintak maaf kalau CT ada salah dengan Mama . CT tahu CT banyak buat salah dengan Mama dan CT sedar pengorbanan Mama untuk CT terlalu besar . Mamalahh orang yang paling CT sayang dalam hidup CT" 

Kawan -2 , kita baca entry pasal ibu pulakk kali ni . Waktu nilahh waktu yang paling sesuai untuk kita duduk depan Laptop , baca dengan penuh teliti dan kita kenang balik apa jasa ibu kita untuk kita selama kita hidup bergelar seorang manusia :) . Korang pernah terfikir takk kalau satu hari nanti , insan yang bergelar IBU , yang kita sayang , yang kita peluk setiap kali kita nak pergi sekolah , yang kita teman dia pergi pasar , yang kita apit dia dalam pelukan setiap kali melintas jalan , Hilang di duniaa ? Apa korang rasa ? Ya Allah ! Waktu tuh , kita rasa macam dunia ni kosong sangat kann ? Hanya Allah yang tahu macam mana rasanya perasaan kita waktu tuh .


Korangg , dalam dunia ni , takde seorang manusia pun yang sempurna . Dan kita perlukan seseorang untuk dorong kita jadi seorang yang sempurna . Takpelah , kalau kita tak sempurna , tapi kalau kita baik , orang akan pandang kita baik . IBU kita , adalah orang yang paling kita perlukan dalam hidup ! Dia baikkk dengan kita , faham kita , dia tahu macam mana nak pujuk kita , dan dia takk pernah benci kita macam mana orang lain benci kita sebab kita anak dia ! Ya Allah ! CT nak sangat hidup dengan Mama sampai bila -2 . Mama boleh jaga CT elok-2 kann ?"



"Mama-2, CT ingat lagi waktu tuh , CT kecik . CT tak tahu apa -2 pun . CT cuma boleh angguk , geleng , senyum dan menangis . Mama ada cakap dekat CT , yang manusia semuanya akan mati . CT senyum :) . Tapi muka Mama takk senyum . CT nampak ada air keluar dekat mata Mama . CT senyum lagi . Mungkin waktu tuh , CT tak tahu apa -2 . Andaikan kalau CT  dah besar , Mama cakap macam tuh . Mesti CT nangis ! CT tak boleh tengok orang lain nangis . Air mata mama , CT kesatkan , CT peluk ibu kuat -2 . Subhanallah ! Bayangkan waktu tuh , CT dah dewasa ? CT mesti nangis ! CT taknak kehilangan Mama ! CT nak Mama ada untuk CT walau apa pun yang terjadi . 
CT nak Mama pimpin angah jadi manusia yang baik . Ajar CT macam mana nax menghargai orang . CT tak tahu apa -2 . Cuma yang CT tahu , CT SAYANG Mama ! 

Kawan -2 , kita sayang ibu kita okayy ? Diorang lah yang lahirkan kita , tempat kita mengadu masalah . Kita kena ingat , pengorbanan ibu kita , takk ternilai sebab benda tuh terlalu berharga untuk kita ! 

Sekian . 




Wednesday 26 September 2012

Gelora Hatiku Tiada Siapa Yang Tahu :')


  Bukan ke mudah jika setiap masalah boleh diselesaikan dengan ketawa ? Bukan ke mudah jika setiap kesedihan yang dihadapi boleh diubati dgn ketawa ? Bukan ke mudah melalui hari semalam , hari ini dan hari yang akan datang dengan ketawa ? 

      Sebenarnya , inilah aku dalam keadaan sedih , perit , pahit , rindu , senang , gembira , risau , susah dan apa jua jenis perasaan aku hanya lalui dengan gelak ketawa sehingga tiada siapa yang sedar sebenarnya aku bermain dengan ledakkan perasaan . Pementasan lakonan aku sentiasa menjadi sehingga sering dianggap periang tetapi bila sahaja aku pulang ke rumah , aku kembali menjadi diriku yang sebenar . 


     Seorang yang murung dan suka bersendirian , mengurung diri dalam bilik yang sering aku anggap syurga . Hanya di bilik ini sahaja aku menitiskan air mata kesedihan dengan perjalanan hidupku yang tidak seindah gelak ketawaku pada siang hari .

Saturday 22 September 2012

Forever Alone :')



Assalamualaikum wahai hamba Allah :)
Sudah sekian lama terpendam didalam hati. Akhirnya, aku ingin meluahkan segalanya diblog aku yang menawan lagi tetarik ini. Selama ini, hidupku bahagia,  selalu ditemani oleh kawan2, tiada tangisan air mataku walaupon hanya setitik kot . Dan kenapa sekarang tiba waktunya aku bersedih ? Kemana hilangnya sahabat-sahabat aku yang dulu ? Kemana hilangnya perasaan gembira aku yang dulu ? Kemana hilangnya diriku yang dulu ? Mengapakah diriku yang selalu menjadi mangsa derita .

Kenapa semua orang sudah pergi meninggalkan aku ? Apa salah aku sehingga semua orang tinggalkan aku . Ya Allah , berikan lah kekuatan kepada hamba mu yang sedang berduka ini . Kenapa tangisan ini perlu hadir didalam hidupku ? Aku hampir lemah dengan segala dugaan yang ditimpa oleh ku . Ya Allah , kenapa semua orang telah berubah ? Kenapa semua orang tinggalkan aku ? Apa salahku ? Apa dosaku ? Adakah aku pernah lakukan perbuatan buruk sehingga mereka lari dari hidup ku ? 

Maafkan aku . Post kali ini amat jiwang . Aku terlalu sedih . Sehinggakan aku rasakan diatas bumi ini hanya aku yang ada . Kenapa aku keseorangan ? Dimanakah sahabat-sahabat ku ? Kemana mereka menghilang ? Aku insan yang lemah . Sehingga tak sanggup nak hadapi ujian yang Allah beri kepadaku .

Tapi , demi kebahagiaan sahabat ku . Aku biarkan mereka lupakan aku . Aku biarkan hidupku keseorangan tanpa mereka . Aku biarkan air mata ku jatuh kerana mereka . Aku sanggup melihat mereka bahagia walaupun aku tak bahagia . Aku tak akan cari mereka . Aku dah putus asa . Dah banyak kali aku tegur mereka . Tapi , apakan daya . Mereka memang dah lupakan aku . Dah tak nak menganggap aku sahabat mereka lagi . Aku dah tak penting dalam hidup mereka . Aku memang tidak pernah wujud dalam hidup mereka . Ya , aku tahu . Aku tak perlu kejar mereka :')

Dan aku tahu , suatu hari nanti . Mereka akan cari aku . Mereka akan kembali bersama dengan ku . Kembali menjadi persahabatan yang akrab macam dulu . Dan , mereka akan bahagia bersama ku . Itu yang aku harapkan . InsyaAllah , kalau mereka tak terlalu ego . Mereka akan cari aku dan kembali menjadi sahabat . Aku yakin , mereka akan kembali bersama ku lagi . Aku tak akan putus asa . Aku akan cari jalan penyelesaian .

Wahai sahabatku yang tersayang , ingatlah . Aku yang kau panggil mcm-2 nama ini sedang menunggu keputusan mu . Sedang menunggu kepulangan mu . Sedang menunggu kasih sayang dari mu sahabatku . Ingatlah wahai sahabat ku . Pintu hatiku selalu terbuka untuk memaafkan dirimu . Cepatlah sahabatku sebelum terlambat . Ingatlah diriku kembali . Lupakan lah kisah yang sudah lama . Tolonglah kembali bersamaku . 

Sekian post aku kali ini . Agak jiwang tapi banyak pesanan untuk sahabat2 aku . Aku harap korang faham perasaan aku macam mana . 
Aku ingin engkau selalu .
Hadir dan temani aku . 
Disetiap langkah , yg meyakiniku .
Kau tercipta untukku :')

Saturday 8 September 2012

Terukir Senyuman , Hati Menangis :')


Salahkah aku terlalu menjaga hati mereka ? Aku sering menjaga hati org hingga aku x sedar yg aku selalu menyakiti hati org yg paling aku rapat sekarang . Ramai org yg aku sayang dan ramai hati aku kena jaga sampaikan hati aku sakit tidak sedikit pun aku peduli , tiada tempat aku meluah , hanya mampu berdiam dan menagis seorang diri , di hadapan mereka aku tersenyum seolah tiada apa yang aku alami . Selepas nie aku kan mula menghilangkan diri , menjauhkan diri , dan menyendiri . maybe ini yang terbaik dan tidak akan menyakiti hati sesiapa pun :)

Sahabat , aku sangkakan ini yg terbaik , aku fikirkan kau yg paling memahami aku , sejak kau bertemu kebahagiaan , aku pun kau tidak peduli :) Biasa la kan adat manusia , bila susah kita cari kawan , bila senang kawan pun kita lupa :) Hanya satu yg mampu aku kata kan , cari la aku bila disaat kau memerlukan kerana aku sentiasa ada untuk mu , insyaAllah :') Andai satu hari nanti kau bersedih cari la aku , akan aku buang tangisan mu dan menemani mu :)

Sekali kita kawan , selamanya tetap kawan ! :)

Wednesday 15 August 2012

Happy Day ♥ !! Hangout :)

Dalam kerete cikgu Shaiha :)
Mane-2 pun sempat snap meyh !
Jyeah ! gadis melayu terakhir :)
Pakai baju kurung pegi bandar . Awesome !
Wawa , Erin , Hanie , Eyan and Arn
Amboi-2 ! aku gak yg jadi photographer korang !
Wink-2 !
terserlah keayuan kami , berul x ?
Haha ! Okayy , perasan
Tunggu makanan x smpai-2 !
Sabar-2 ! haha !
Dalam kerete cikgu Shaiha :)
Amboi Arn ! Haha !
Haha ! kat tndas , sempat snap .
WInk-2 !
Qis and Hanie :)
Terserlah keayuan masing-2 :P
OTW balik :') sebel0m tu smpat makan aiskrim :)
CIkgu Yaya a.k.a Kak Yaya belanje :)
Wink-2 ! kami mmg comel .
Jgn jeles , kerana anda pun comel :D
OTW solat maghrib :D
Rehat-2 dulu sebelum jalan-2
No caption about this pic :)
Peace !!!
Okayy ! abaikan pakaian kat belakang tu .
Hehew !!
Haha ! masa ni main terjah je :)
x tau pun dapt masuk ke x . wink-2
Wink-2 ! nice x pic ni ?
Lalalalalala !! Peace !!!
Hey ! time makan la , snap je :P












Friday 29 June 2012

Aku Meminati Dia !

Aku lihat dia di sana ,
Aku ingin mendekatinya , 
Aku cuba menghampirinya , 
Aku takut menyapa dia !

Kekadang hatiku bertanya , 
Adakah dia daku punya ,
Kerna diriku merasa ,
Aku mula meminatinya !

Dia tidak buka bicara ,
Dan aku mulai mengenalinya ,
Kita mula bermain lidah ,
Mula timbul rasa bahagia !

Aku ingin memilikinya ,
Aku ingin menjaga dia ,
Aku ingin menyayangi dia ,
Aku ingin hidup dengannya !

Bila dia mendekati diriku ,
Hatiku rasa sesuatu , 
Bila dia senyum padaku , 
Hatiku rasa tak menentu !

# Harap maklum , lirik lagu ini digubah untuk aku dan seseorang (perempuan bkn lelaki) oleh Hani Munirah a.k.a Amanie :)


saya ni bukanya gadis melayu terakhir, muka pun tak macam perempuan melayu , darah saya ni pun bukannya 100% darah melayu asli :) #AS