THIS BLOG WILL SHOW HOW MUCH I LOVE YOU READERS :) Kenangan Kita Bersama Jadi Diari Terindah Hidupku !
COOKIE MONSTER LOVE ELMO
Wednesday, 26 September 2012
Bukan ke mudah jika setiap masalah boleh diselesaikan dengan ketawa ? Bukan ke mudah jika setiap kesedihan yang dihadapi boleh diubati dgn ketawa ? Bukan ke mudah melalui hari semalam , hari ini dan hari yang akan datang dengan ketawa ?
Sebenarnya , inilah aku dalam keadaan sedih , perit , pahit , rindu , senang , gembira , risau , susah dan apa jua jenis perasaan aku hanya lalui dengan gelak ketawa sehingga tiada siapa yang sedar sebenarnya aku bermain dengan ledakkan perasaan . Pementasan lakonan aku sentiasa menjadi sehingga sering dianggap periang tetapi bila sahaja aku pulang ke rumah , aku kembali menjadi diriku yang sebenar .
Seorang yang murung dan suka bersendirian , mengurung diri dalam bilik yang sering aku anggap syurga . Hanya di bilik ini sahaja aku menitiskan air mata kesedihan dengan perjalanan hidupku yang tidak seindah gelak ketawaku pada siang hari .
Saturday, 22 September 2012
Assalamualaikum wahai hamba Allah :)
Sudah sekian lama terpendam didalam hati. Akhirnya, aku ingin meluahkan segalanya diblog aku yang menawan lagi tetarik ini. Selama ini, hidupku bahagia, selalu ditemani oleh kawan2, tiada tangisan air mataku walaupon hanya setitik kot . Dan kenapa sekarang tiba waktunya aku bersedih ? Kemana hilangnya sahabat-sahabat aku yang dulu ? Kemana hilangnya perasaan gembira aku yang dulu ? Kemana hilangnya diriku yang dulu ? Mengapakah diriku yang selalu menjadi mangsa derita .
Kenapa semua orang sudah pergi meninggalkan aku ? Apa salah aku sehingga semua orang tinggalkan aku . Ya Allah , berikan lah kekuatan kepada hamba mu yang sedang berduka ini . Kenapa tangisan ini perlu hadir didalam hidupku ? Aku hampir lemah dengan segala dugaan yang ditimpa oleh ku . Ya Allah , kenapa semua orang telah berubah ? Kenapa semua orang tinggalkan aku ? Apa salahku ? Apa dosaku ? Adakah aku pernah lakukan perbuatan buruk sehingga mereka lari dari hidup ku ?
Maafkan aku . Post kali ini amat jiwang . Aku terlalu sedih . Sehinggakan aku rasakan diatas bumi ini hanya aku yang ada . Kenapa aku keseorangan ? Dimanakah sahabat-sahabat ku ? Kemana mereka menghilang ? Aku insan yang lemah . Sehingga tak sanggup nak hadapi ujian yang Allah beri kepadaku .
Tapi , demi kebahagiaan sahabat ku . Aku biarkan mereka lupakan aku . Aku biarkan hidupku keseorangan tanpa mereka . Aku biarkan air mata ku jatuh kerana mereka . Aku sanggup melihat mereka bahagia walaupun aku tak bahagia . Aku tak akan cari mereka . Aku dah putus asa . Dah banyak kali aku tegur mereka . Tapi , apakan daya . Mereka memang dah lupakan aku . Dah tak nak menganggap aku sahabat mereka lagi . Aku dah tak penting dalam hidup mereka . Aku memang tidak pernah wujud dalam hidup mereka . Ya , aku tahu . Aku tak perlu kejar mereka :')
Dan aku tahu , suatu hari nanti . Mereka akan cari aku . Mereka akan kembali bersama dengan ku . Kembali menjadi persahabatan yang akrab macam dulu . Dan , mereka akan bahagia bersama ku . Itu yang aku harapkan . InsyaAllah , kalau mereka tak terlalu ego . Mereka akan cari aku dan kembali menjadi sahabat . Aku yakin , mereka akan kembali bersama ku lagi . Aku tak akan putus asa . Aku akan cari jalan penyelesaian .
Wahai sahabatku yang tersayang , ingatlah . Aku yang kau panggil mcm-2 nama ini sedang menunggu keputusan mu . Sedang menunggu kepulangan mu . Sedang menunggu kasih sayang dari mu sahabatku . Ingatlah wahai sahabat ku . Pintu hatiku selalu terbuka untuk memaafkan dirimu . Cepatlah sahabatku sebelum terlambat . Ingatlah diriku kembali . Lupakan lah kisah yang sudah lama . Tolonglah kembali bersamaku .
Sekian post aku kali ini . Agak jiwang tapi banyak pesanan untuk sahabat2 aku . Aku harap korang faham perasaan aku macam mana .
Aku ingin engkau selalu .
Hadir dan temani aku .
Disetiap langkah , yg meyakiniku .
Kau tercipta untukku :')
Saturday, 8 September 2012
Salahkah aku terlalu menjaga hati mereka ? Aku sering menjaga hati org hingga aku x sedar yg aku selalu menyakiti hati org yg paling aku rapat sekarang . Ramai org yg aku sayang dan ramai hati aku kena jaga sampaikan hati aku sakit tidak sedikit pun aku peduli , tiada tempat aku meluah , hanya mampu berdiam dan menagis seorang diri , di hadapan mereka aku tersenyum seolah tiada apa yang aku alami . Selepas nie aku kan mula menghilangkan diri , menjauhkan diri , dan menyendiri . maybe ini yang terbaik dan tidak akan menyakiti hati sesiapa pun :)
Sahabat , aku sangkakan ini yg terbaik , aku fikirkan kau yg paling memahami aku , sejak kau bertemu kebahagiaan , aku pun kau tidak peduli :) Biasa la kan adat manusia , bila susah kita cari kawan , bila senang kawan pun kita lupa :) Hanya satu yg mampu aku kata kan , cari la aku bila disaat kau memerlukan kerana aku sentiasa ada untuk mu , insyaAllah :') Andai satu hari nanti kau bersedih cari la aku , akan aku buang tangisan mu dan menemani mu :)
Sekali kita kawan , selamanya tetap kawan ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


