THIS BLOG WILL SHOW HOW MUCH I LOVE YOU READERS :) Kenangan Kita Bersama Jadi Diari Terindah Hidupku !
COOKIE MONSTER LOVE ELMO
Wednesday, 26 September 2012
Bukan ke mudah jika setiap masalah boleh diselesaikan dengan ketawa ? Bukan ke mudah jika setiap kesedihan yang dihadapi boleh diubati dgn ketawa ? Bukan ke mudah melalui hari semalam , hari ini dan hari yang akan datang dengan ketawa ?
Sebenarnya , inilah aku dalam keadaan sedih , perit , pahit , rindu , senang , gembira , risau , susah dan apa jua jenis perasaan aku hanya lalui dengan gelak ketawa sehingga tiada siapa yang sedar sebenarnya aku bermain dengan ledakkan perasaan . Pementasan lakonan aku sentiasa menjadi sehingga sering dianggap periang tetapi bila sahaja aku pulang ke rumah , aku kembali menjadi diriku yang sebenar .
Seorang yang murung dan suka bersendirian , mengurung diri dalam bilik yang sering aku anggap syurga . Hanya di bilik ini sahaja aku menitiskan air mata kesedihan dengan perjalanan hidupku yang tidak seindah gelak ketawaku pada siang hari .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment